SEJAK dua hari lepas, saya menerima beberapa mesej WhatsApp menyeru agar umat Islam jangan sesekali memuatnaik gambar haiwan korban, proses menyiang dan sebagainya.

Alasan adalah bagi menjaga hati rakan-rakan bukan Islam dan mengelak agama ini dilihat ganas.

Saya nak bagitahu ibadat korban ini bukan saja syariat, tetapi juga syiar.

Takut untuk menyebarkan syiar hanya kerana takut disalahfaham adalah sifat malu melampau kepada agama sendiri.

Sejak bila kita semua menjadi segan kepada syariat Tuhan?

Kita ni dah 62 tahun merdeka. Sepanjang tempoh itu kita tidak pernah merasa sensitif apabila ada gambar hidangan babi dan arak di meja rakan bukan Islam ketika perayaan mereka.

Bukannya kita ada di situ dan jamah sekali.

Begitu juga dengan rakan bukan Islam. Apakah kalian merasa mereka terlalu bodoh untuk terasa hati melihat kita menjalankan ibadah korban?

Bukannya kita sembelih lembu belakang rumah mereka.

Tiada rakan bukan Islam saya yang pernah menegur begitu

Dan jika ada yang sensitif tidak bertempat, itu bermakna mereka sendiri gagal memahami hidup bermasyarakat.

Apa benda apologetik sangat?

Berhentilah bertolak ansur tidak bertempat.

Sebarkan syiar dan tegakkan syariat

Hiduplah berprinsip. Nescaya orang akan hormat

ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA,
Penulis dari Bukit Tunggal Kuala Terengganu.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.