“INI adalah buku-buku lucah yang diterbitkan dalam tulisan jawi pada masa dulu.”

Itu kata-kata menghina yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi dalam satu video yang viral baru-baru ini.

Shu Qi berkata demikian ketika dalam satu majlis yang diadakan pada Jumaat lepas.

“Kita lihat sahaja dan lupakannya.

“Kalau ekstremis-ekstremis Islam nampak ini, mereka takkan benarkan kita guna tulisan jawi kerana jawi digunakan untuk menulis benda-benda macam ini.

“Menghina agama kita,” kata Shu Qi menurut sari kata yang disertakan di bahagian bawah klip video berkenaan.

Namun pemimpin DAP itu memberi alasan bahawa kenyataannya itu diambil di luar konteks dan akan membuat penjelasan mengenai hal itu.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan kerajaan akan meneruskan pengenalan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 bermula tahun depan.

Bagaimanapun, kementeriannya memberi pilihan kepada guru untuk mencari kaedah terbaik mengajar dan mempraktikkan tulisan tersebut dalam bilik darjah. – 12 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.