KUASA Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri menjadi kebimbangan pemimpin DAP.

Seperti disuarakan Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang itu memberikan amaran bahwa kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang terlalu luas boleh menjejaskan Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, beliau mahu proses membuat keputusan perlu dilucutkan daripada perdana menteri dan dikongsi secara bersama Majlis Presiden PH.

Katanya, Tun Mahathir membuat banyak keputusan sendiri untuk rakyat walaupun mewakili parti yang dianggap minoriti dalam pakatan pemerintah.

Jelasnya, proses membuat keputusan perlu disemak pada peringkat Majlis Presiden PH terutama isu kontroversi kaum dan agama.

“Sekarang, nampaknya terlalu banyak kuasa dalam tangan perdana menteri, jadi kuasa ini perlu dikongsi secara saksama antara semua parti komponen,” katanya.

Santiago juga mahu Tun Mahathir tahu membaca perasaan rakyat.

“Dan dia perlu faham yang keputusan sembarangan, tanpa rundingan, tidak akan membawanya jauh,” katanya.

Mengulas kontroversi pengenalan tulisan khat Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4, Santiago berkata Tun Mahathir dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik patutnya menyedari sensitiviti isu itu sebelum mengumumkannya.

Jelasnya, terlalu banyak masa dibazirkan memperdebatkan isu khat itu sedangkan kerajaan perlu memberi tumpuan kepada isu ekonomi.

“Jadi, pengenalan khat boleh tunggu. Dan kita boleh habiskan masa 14 hari lepas membincangkan kebimbangan lain yang dihadapi pelajar dan negara kita.”

Santiago juga membangkitkan kegagalan PH melunaskan janji apabila membatalkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statue Rom serta kemungkinan memperbaharui lesen operasi Lynas.

Katanya, semua isu itu menyebabkan kerajaan mempunyai rekod buruk dan boleh menjejaskan keyakinan rakyat.

“Rakyat marah dan mengancam akan menyingkirkan kita dalam pilihan raya umum akan datang. Dan saya faham kemarahan mereka,” katanya. – 12 Ogos 2019.

7 COMMENTS

  1. Sebelum kau lucut tun m pun bijak…dia akan minta perkenan agong untuk bubar parlimen…apa pun tak dapat…ha..ha..

  2. Dia lupa siapa Tun M sebelum ini. Dia juga lupa bahawa dia pernah membesar dibawah Tun M sebelum ni. Dia juga lupa apa yang Tun M telah lakukan terhadap 3 bangsa terbesar di Malaysia supaya bersatu padu dan dapat membangunkan negara sehingga dia jadi seperti apanya hari ini. Dia juga lupa bahawa kontrak sosial yang telah lama dimeteri dan dipersetujui oleh nenek moyang mereka sebelum lahirnya mereka kedunia ini. Ayuh bangsa Malaysia
    Bersatulah kamu. Selesaikan setiap perselisihan dengan cara perpaduan. Janganlah kalian biarkan negara ini hancur dek kerana egoan kamu mempertahankan kebangsaan kamu. Ingatlah! Negara ini milik kita. !!

  3. Hoi charles santiago…lu kena sedar, ini bumi melayu. Lu dtg ke malaya pun dan hidup senang disini pun atas simpati dan budi baik melayu. Poorahhh cit…!!

  4. Mr. Santiago..jgn sampai jadi seperti “kacang melupakan kulit”, janganlah umpama “memercik air di dulang, akhirnya terkena ke muka sendiri” ..jangan juga jadi tamak seperti pepatah “diberi betis mahu peha”..belajarlah bersyukur dengan nikmat kebebasan dan keamanan di negara ini..bukan seperti yg terjadi di sesetengah negara berkonflik..jika kamu duduk berdiam diri lagi baik dan mungkin dpt menyumbang pada keamanan negara..😬😬

  5. Telah d katakn roots dia ni..senang sikit jaa tukar agama dn nama..mcm lh org xtau asal usul kturunan dia…deyyyyy….podahhhh…tengok cermin laa aney..???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.