ISU memperkenalkan tulisan jawi dilihat membuatkan pemimpin-pemimpin DAP dan beberapa lagi pemimpin bukan Islam dari komponen Pakatan Harapan dilihat seperti ‘cacing kepanasan’.

Pelbagai alasan dan helah sama ada tidak berfakta, mengarut sert sengaja dijadikan sentimen perkauman mula digunakan pemimpin DAP demi mematahkan usaha untuk memartabatkan tulisan jawi.

Ini dikeruhkan lagi dengan tindakan MP Kluang, YB Wong Shu Qi yang menyatakan di dalam satu majlis, jelas mempersendakan tulisan jawi dengan mengaitkannya sudah digunapakai oleh majalah lucah.

Beliau dengan bersahaja menyatakan bahawa sekiranya masyarakat Islam melihat perkara ini pasti menolak tulisan jawi ini kerana telah menghina agama Islam dengan penggunaanya di tempat yang tidak sepatutnya.

Sebagai seorang Wakil Rakyat, Ahli Parlimen yang memegang kukuh pada rukun negara, wajarkah ucapan dan kenyataan ini keluar daripada mulut beliau?

Mengapa perlu beriya-iya sehingga menjadikan perkara itu sebagai bahan ucapan pada majlis terbuka?

Jawapannya mudah, kerana ia adalah usaha DAP dan pemimpin dalam parti itu yang takut, gerun dan tidak sanggup melihat tulisan jawi dimartabatkan semula di Malaysia, justeru langkah jijik dibuat dengan mencipta persepsi buruk pada masyarakat bukan Islam terutama Cina.

Beliau sebagai Ahli Parlimen yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dilihat masih bodoh dan tidak faham penggunaan tulisan yang diguna pakai secara umum serata dunia.

Adakah tidak ada majalah lucah menggunakan tulisan Cina atau tulisan lain yang wujud di dunia ini?

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Johor menggesa Wong Shu Qi membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan yang dibuatnya sebelum ini mengenai tulisan jawi selain meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen yang secara terang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Jika tiada permohonan maaf, Pergerakan Pemuda UMNO Johor menggesa pihak berkuasa di negara ini untuk mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kata-kata yang menghasut. – 12 Ogos 2019.

MOHD HAIRI MD SHAH,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Ye lah tu… Esok-esok pemuda UMNO yang akan dihadapkan dibawah akta hasutan… Jika Cina/DAP boleh menggunakan rule of the jungle, bila pula orang Melayu/Bumiputera hendak menggunakan rule yang sama…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.