UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) dilapor mengenakan yuran kolej kediaman terhadap kalangan pelajar bermula semester depan.

Berdasarkan satu satu surat pekeliling yang tular di media sosial, caj yuran kediaman itu dikenakan kepada pelajar pra diploma, diploma, sijil teknikal perakaunan (CAT) dan ijazah sarjana muda seni bina.

Jelas memo bertarikh 21 Mac 2019 itu, pelaksanaan yuran itu akan berkuat kuasa pada September 2019.

Antara kadar yang dikenakan adalah RM420 seorang bagi bilik berdua, RM315 seorang bagi bilik bertiga dan RM200 seorang bagi bilik berempat.

Bagaimanapun yuran itu dikecualikan terhadap beberapa golongan pelajar termasuk mereka yang berasal dari keluarga berpendapatan RM2,500 sebulan.

Hal itu mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempersoalkan ke mana hilangnua pejuang mahasiswa.

Najib berkata sebelum ini pelajar diploma tidak perlu membayar yuran untuk menduduki kediaman di UiTM.

“Cuma bayar caj utiliti RM20 setiap semester.

“Jika ini benar, maka bermula semester depan pelajar diploma akan dikenakan yuran kolej kediaman mengikut kategori,” katanya.

Najib turut membidas Pakatan Harapan yang kononnya mahu memberi pendidikan percuma.

“Jangan kata percuma, diskaun bayaran balik (PTPTN) yang saya beri dahulu pun sudah dibuang oleh PH.

“PH sekarang nak ambil gaji dan EPF graduan lagi untuk bayar balik PTPTN.

“Kini kolej kediaman pun dah kena bayar.

“Ada IPT yang yurannya melambung naik juga.

“Pejuang-pejuang mahasiswa dahulu sudah ke mana?” soalnya. – 12 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.