PADA hemat saya, ada tiga rumusan penting boleh dibuat berdasarkan laporan BERNAMA mengenai tentangan Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan, kepada pengajaran tulisan khat jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan ini.

Pertama, pemimpin rasis akan kekal rasis dan amat tidak sesuai dijadikan sebagai Menteri Perpaduan.

Ini kerana beliau tetap akan memperjuangkan kepentingan kaumnya sahaja bila timbul apa-apa isu berbangkit.

Ini terbukti di dalam isu pengajaran tulisan khat jawi ini dan di dalam beberapa isu sensitif lain sebelum ini, termasuk isu rusuhan kuil.

Kedua, pemimpin kaum minoriti boleh bertelagah dalam apa-apa sahaja isu, seperti terbukti di dalam perang terbuka yang berlaku antara Waytha Moorthy dan Dr P Ramasamy dalam isu peruntukan MITRA.

Tetapi mereka tetap akan bersatu hati dan mengenepikan pertelagahan mereka dalam isu membabitkan kepentingan kaum mereka seperti terbukti di dalam isu pengajaran tulisan khat jawi ini.

Ketiga, Kementerian Komunikasi adalah antara kementerian terpenting yang berperanan mencanai sokongan atau tentangan ke atas dasar-dasar kerajaan melalui penguasaan ke atas agensi-agensi penerangan seperti BERNAMA.

Dan bila kementerian ini diberi kepada DAP maka dasar-dasar kerajaan yang tidak disenangi DAP pastinya akan menghadapi masalah untuk dilaksanakan.

DR KAMARUL YUSOFF,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.