PETISYEN mendesak untuk haramkan pertubuhan pro-DAP, Dong Zong diharamkan sudah hampir mencecah 100,000 tandatangan setakat 6 petang hari ini.

Tapi peliknya suara bakal Perdana Menteri kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tak kedengaran.

Presiden PKR pro-DAP itu dilihat membisu dalam isu pengajaran jawi dan seni khat di sekolah vernakular sejak ia tercetus pada bulan lalu.

Setuju pun tidak, bantah pun tidak.

Agaknya mungkin Anwar mahu menjaga hati DAP yang banyak membantunya sejak 1998.

Memang pelik jika melihat pemimpin yang selincah Anwar memilih untuk berdiam diri sedangkan beliau jaguh dalam semua isu tidak kira kaum.

Lihat saja aksi Anwar menari atas pentas berdendangkan lagu Tamil demi mendapatkan sokongan India.

Malah jangan dilupa juga ucapan popular Anwar pada satu kempen pilihan raya iaitu “Kaum India, Cina, Melayu semua anak saya,” lebih kurang begitulah bunyinya.

Tapi dalam isu jawi dan khat ini, Anwar kelihatan tersepit.

Mahu disokongnya silibus itu, pasti akan dimarahi DAP.

Mahu dibantahnya pula, Melayu pula akan marah padanya.

Tapi sebagai bakal Perdana Menteri, sepatutnya Anwar tahu pendirian yang perlu diambil demi kepentingan majoriti penduduk di negara ini.

Walaupun jawi dan seni khat ini dilihat isu terpencil, tapi pendiriannya amat penting untuk dinilai oleh setiap rakyat di negara ini khususnya orang Melayu.

Sikap mendiamkan diri lebih menunjukkan beliau seperti mengikut telunjuk DAP agar tidak bersuara dalam isu itu.

Apakah Anwar lebih pentingkan sokongan DAP demi mencapai cita-citanya menggantikan Tun Dr Mahathir daripada nilai warisan orang Melayu?

Anda nilai sendiri. – NTHQiBord, 13 Ogos 2019.

8 COMMENTS

    • Ini sikap yang kurang wajar bila memberi komen sedang kan Anwar pergi haji rasa nya saudara berpenyakit hati…

    • Anehnya yg mencadangkan menteri ph. Yang membangkang juga menteri ph. Mungkinkah isu inj dicipta utk menyembunyikan isu semburit., isu kejatuhan ekonomi dan pelbagai lagi masalah melanda negara. Isu perkauman tunggu masa sahaja utk meletup

  1. JGN LUPA blog ini juga boleh Di ases atau Di buka walau anda Di kutub utara janji ada Internet jadi apa masalah KLU hanya Di Mekah atau Madinah. Jangan merapu kata org kat sana tak boleh baca bodoh tu simpan sikit kat anak cucu JGN bodoh sangat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.