AHLI Parlimen Kluang, Wong Shu Qi cuba memalukan tulisan jawi apabila mengaitkannya dengan penerbitan buku pornografi.

Ini yang dikatakan Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Razlan Rafii.

Selain tidak ikhlas menyokong pelaksanaan tulisan Jawi, Wong Shu Qi juga sengaja mahu mensensasikan isu tersebut.

“MP ini harus menghormati perasaan di antara Melayu, tindakan menggunakan contoh bahan lucah adalah satu perkara yang bodoh dan ketinggalan zaman,” katanya menerusi kenyataan.

“Apa yang dilakukan oleh MP Kluang adalah satu yang tidak bertanggung jawab terhadap negara, ada banyak contoh yang boleh diambil untuk menunjukkan DAP ikhlas dalam menyokong (pembelajaran tulisan Jawi).

Mohd Razlan mengulas mengenai klip video berdurasi 22 saat, ketika Wong menyampaikan ucapan di sebuah dialog bersama Persatuan Tionghoa dan wakil 27 persatuan masyarakat Cina pada 9 Ogos yang lalu di Kluang.

Ujarnya, pemimpin DAP tersebut boleh menggunakan banyak contoh yang lain untuk menjelaskan tentang penggunaan tulisan jawi sejak beberapa tahun yang lalu.

“Untuk menunjukkan contoh bahan penulisan dalam Jawi, ada banyak contoh perjanjian Malaya dengan tulisan Jawi dan boleh tunjuk juga (akhbar Jawi) Utusan Melayu,” katanya lagi. – 13 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.