TUN Dr. Mahathir Mohamad memberi komen sinis yang mendakwa beliau sebagai Perdana Menteri sentiasa membuat keputusan bersendirian ketika mengulas satu kenyataan Ahli Parlimen Klang.

“Di masa depan apabila saya nak buat keputusan saya tanya dia.

“Boleh atau tidak boleh buat Santiago.

“Kalau boleh dapat pandangan dia, (bermakna) dia setaraf dengan saya,” katanya.

Charles Santiago dalam satu kenyataan baru-baru ini menyifatkan Tun M memegang kuasa yang banyak sedangkan ianya perlu dikongsi dengan ahli komponen lain dalam parti gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, Charles Santiago turut mendakwa bahawa Tun M sering membuat keputusan secara solo terutamanya melibatkan isu penting seperti seni khat, Lynas, Zakir Naik dan ICERD.

“Keadaan itu seolah-olah menunjukkan terlalu banyak kuasa di dalam tangan Tun M.

“Kuasa tersebut sepatutnya dikongsi dengan parti-parti komponen.

“Malah, sudah tiba masanya untuk menilai kembali proses membuat keputusan di kalangan Majlis Presiden PH,” katanya dalam satu hantaran Facebook miliknya. – 13 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.