DAP cuba bermain ‘psikologi terbalik’ apabila menakutkan rakyat Cina dengan mengaitkan kerjasama UMNO-PAS akan mengambil alih negara ini jika parti cauvinis itu keluar Pakatan Harapan (PH).

Seperti disuarakan Pengerusi DAP, Johor Liew Chin Tong, beliau mahu ahli parti itu terus berusaha memelihara keutuhan PH walaupun dihimpit isu berhubung langkah kerajaan memperkenalkan tulisan khat dalam silibus Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah.

Malah Liew juga menolak gesaan supaya parti itu meninggalkan PH.

“Cakap-cakap yang meminta DAP keluar PH biar apa pun akibatnya hanya akan memusnahkan hasil demokrasi yang dimenangi pada 9 Mei 2018, selain membuka jalan kepada Umno dan PAS untuk kembali berkuasa,” katanya.

Keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan memperkenalkan tulisan khat mendapat bantahan kumpulan pendesak Cina dan Tamil.

Sebilangan pimpinan akar umbi DAP turut menolak langkah tersebut, sementara halaman media sosial beberapa pemimpin parti itu menjadi sasaran kemarahan kaum Cina.

Timbalan menteri DAP itu mengambil maklum bahawa Kementerian Pendidikan seharusnya lebih membanyakkan perundingan mengenai perkara itu.

Liew berkata, beliau faham bahawa ahli akar umbi berdepan masalah selama beberapa minggu ini berikutan meletusnya isu khat.

“Hakikatnya, kita kini mengurus persekitaran pasca-kebenaran dan mereka yang yakin dengan impian Malaysia harus tampil ke hadapan bagi memastikan tidak berlakunya pertelingkahan kaum.

“Mandat pemerintahan diberikan kepada kita sebagai sebuah kerajaan gabungan ialah bagi mempertahankan demokrasi untuk semua rakyat Malaysia daripada semua latar belakang,” katanya. – 13 Ogos 2019.

4 COMMENTS

  1. Apa pula DAP takut pada UMNO dan PAS. Jika kedua2 parti ini berkuasa semula. DAP. Ni, bukan apa takut kerana siasatan SPRM.. lebih2 lagi. Lim Guan Eng dan kuncu2 Ada nama dalam siasatan SPRM..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.