SEMALAM Lim Kit Siang buat kenyataan, DAP akan kalah kalau PRU diadakah sekarang. Ia ekoran kejadian kena boo di Iskandar Puteri.

Itu cakap beliau. Sebenarnya Ia ugutan kepada Tun M, iaitu PH akan kehilangan sokongan orang Cina kalau tidak ikut cakap DAP.

Isu tulisan Khat, DAP menang. Isu pindaan Enakmen Agama Islam Selangor, DAP menang. Isu jawatan Menteri Kewangan, DAP juga menang.

TS Muhyiddin mahukan jawatan tersebut. Tapi Pengerusi PPBM tak bagi kepada Presiden PPBM. Hebat DAP.

Percayalah, DAP juga akan menang dalam isu penyambungan permit loji Lynas.

Permit Lynas tamat 2hb September ini. DAP bantah ia disambung semula.

Sebenarnya sokongan orang Cina kepada DAP tidak berubah.

DAP akan dapat 95% sokongan orang Cina kerana DAP bermain dengan isu kaum dan perkauman.

Masalahnya pemimpin Melayu dalam PH terlajak dayus.

Kalau Malaysia Baru bermaksud perpaduan, apa salahnya belajar khat dan jawi untuk berkongsi tamaddun?

Kini MOF seperti dipasang tembok besar Cina. Perdana Menteri pun tidak boleh tembus.

DAP menang lagi. – 13 Ogos 2019.

DATUK MOHD PUAD ZAKARSHI,
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.