PRESTASI Menteri Perpaduan P.Waythamoorthy terus menjadi pertikaian kerana tiada dasar baharu atau usaha dilakukan untuk menepati porfolio yang dipegangnya sejak Pakatan Harapan memerintah.

Sebaliknya, menteri pro-DAP itu sendiri mencetuskan perpecahan dengan kenyataan kontroversi dan sokongan berat sebelah yang ditunjukkan dalam beberapa isu termasuk isu jawi.

Maka tidak hairanlah jika Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Dr Hussamuddin Yaacub menyatakan kekecewannya dengan prestasi Waythamoorthy.

“Jika saya jadi PM, menteri pertama yang saya pecat adalah menteri perpaduan negara, kerana gagal teruk merapatkan hubungan ras di Malaysia.

“Makin pecah adalah!” tulis pemain media berpengaruh itu di Facebook beliau pagi tadi.

Kumpulan Media Karangkraf menerbitkan akhbar popular bahasa Melayu, Sinar Harian dan pelbagai jenis majalah.

Hussamuddin tidak menyebut kes khusus yang dirujuknya.

Dalam catatan berasingan, Hussamuddin berkata, seorang menteri bila dilantik harus berfikir untuk kepentingan masa depan negara, “bukan lagi untuk ideologi parti, kaum dan agama sendiri saja”.

Waythamoothy sebelum ini dikecam selepas beliau dilaporkan tidak bersetuju dengan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Tetapi setiausaha sulit kanannya, Alan Kirupakaran menyifatkan kenyataan bosnya itu sebagai palsu dan berniat jahat kerana tidak dihantar ke mana-mana media.

Siaran akhbar dalam bahasa Tamil itu pada asalnya dihantar oleh seorang pembantu Waythamoorthy yang dikenali sebagai Nakkeeran melalui e-mel. – 13 Ogos 2019.

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.