LIM Kit Siang mendakwa terdapat ‘teori konspirasi’ dalam isu pembelajaran tulisan khat dan jawi yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Maszlee Malik atau Perdana Menteri bagi tujuan politik tertentu.

Kit Siang yang juga selaku veteran dan penasihat DAP berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Dong Zong sebagai rasis.

“Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad salah menggelarkan Dong Zong sebagai ‘rasis’.

“Tetapi Dong Zong juga tidak betul apabila mendakwa pembelajaran tulisan khat bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun 4 di Sekolah Cina atau Tamil bermula tahun 2020 sebagai permulaan Islamisasi,” katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang berkata, kontroversi subjek itu adalah warisan dari kerajaan lama kerana keputusan muktamad mengenai buku teks baru untuk sekolah rendah Cina atau Tamil untuk memperkenalkan subjek khat telah lama dibuat.

“Pengenalan subjek untuk murid-murid Tahun Empat pada tahun 2020 telah dibuat oleh Jawatankuasa Kurikulum Kementerian Pendidikan yang dipengerusikan oleh menteri pendidikan dan dua timbalan menteri pendidikan dalam satu mesyuarat pada 30 September 2015 dahulu.

“Tetapi Timbalan Menteri Pelajaran Teo hanya tahu tentang perkara itu ketika kontroversi itu meletup bulan lalu,” katanya.

Semalam Tun M dalam satu kenyataan menyifatkan Dong Zong sebagai “rasis” kerana mendakwa inisiatif kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk “Islamisasi”.

“Dong Zong ini rasis. (Dahulu) kita buat sekolah satu kampus, sekolah Wawasan, sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus.

“Dia tak mahu (kerana) takut anak dia konon bercampur dengan orang Melayu.

“Jadi dia (Dong Zong) tak suka orang Melayu.

“Semua dia bantah, tak pernah dia setuju dengan apa-apa pun tindakan dan keputusan kerajaan,” katanya. – 13 Ogos 2019

2 COMMENTS

  1. Dibelakang Dong Zong adalah DAP merupakan parti yg bermuka2 dgn Org Melayu ” BIJAK”. Dong Zong adalah Pertubuhan Anti Melayu..Apa yg Kjaan BN dlu buat utk Org2 Melayu mmg sentiasa SAKIT HATI mereka. Kena sedarkan bahawa mereka ini adalah keturunan PENDATANG Di Bumi Melayu…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.