Polemik Khat/Jawi

BERMULA dengan polemik modul pembelajaran khat/jawi – Hari Raya Aidiladha kali ini dihiasi dengan kenyataan pendokong kerajaan yang cukup mengecewakan.

Ada yang mengaitkan pengenalan khat/jawi ini sebagai langkah ke belakang.

Ada yang mengaitkan usaha ini dengan najis lembu.

Ada yang mengatakan jawi menjadi bahan bacaan “porno” semata-mata.

Ironinya, kenyataan dan sindiran negatif ini diucapkan oleh ahli politik daripada satu parti sahaja – iaitu DAP.

Demikian jahil, bongkak dan angkuh kalangan ahli politik DAP ini.

Mungkin ini cara mereka mengingatkan orang Melayu – mereka sudah ada di koridor kuasa.

Orang Melayu barangkali perlu membiasakan diri dengan sindiran lebih kasar dalam masa terdekat ini!

Di atas desakan pihak tertentu, keputusan memperkenalkan khat/jawi terpaksa ‘dilentur’ kononnya atas dasar kerajaan yang prihatin dengan maklum balas rakyat.

Melentur dan merubah keputusan ini lambang kelemahan kerajaan yang sangat ketara.

Inilah “deep state” sebenar. Ada daulah dan kuasa “lain” yang membuatkan kerajaan semakin cacamarba.

DAP inilah “daulah terpendam” kerajaan mutakhir ini.

Kita tidak mungkin lupa dengan ungkapan *”guna Melayu untuk skru Melayu”* yang juga pernah diungkapkan oleh seorang pemimpin DAP.

Melayu mana sebenarnya yang digunakan untuk menjahanamkan Melayu?

Pastinya parti politik Melayu yang bergantung harap dan kekuatan – kepada sebuah parti seperti DAP.

Insiden Buli Jalan Raya

Fahaman dendam dan kebencian dalam masyarakat semakin melebar.

Insiden kemalangan, walaupun pada asasnya bersandarkan kepada “buli jalan raya” – pantas bertukar menjadi isu perkauman, jika tidak ditangani serius.

Dian Malika menjadi anak yatim dalam sekelip mata.

Apapun puncanya, siasatan menyeluruh mesti dijalankan tanpa ada niat untuk “menyelamatkan” sesiapa.

Hukuman setimpal wajib dikenakan.

Menteri Perpaduan Yang Gagal

Menteri yang bertanggungjawab menjaga dan membugar nawaitu integrasi, sudah menjadi ejen perpecahan.

Tidak ada kata dan air muka yang membangkitkan ketenangan. Yang ada, sikap Menteri sendiri yang menentang pengenalan khat/jawi; dan menolak idea perpaduan.

Kerajaan yang bijaksana dan bertanggungjawab perlu mengurus segala isu ini dengan tuntas.

Bukan menjadi asas kecelaruan.

Mereka yang gagal memahami semangat dan minda “nasional” wajar cepat diketepikan.

Jangan biar keangkuhan, kesombongan sesuatu kumpulan/kaum yang kemaruk kuasa menjadi alasan negara ini terus berpecah.

Langkah pembetulan perlu bermula sekarang.

Sejujurnya, gema dan getar “Negaraku” semakin melemah kerana kegagalan kerajaan mengurus isu dengan tuntas.

Memimpin bukan soal menerima pengiktirafan di sana sini; sedang negara sendiri berdepan masalah serius akibat pentadbiran yang cacamarba. – 13 Ogos 2019.

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN,
Ahli Parlimen Kepala Batas,
Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. sekiranya kaum pendatang yang dibawa british kenegara ini ( Persekutuan Tanah Melayu ) tak mahu terima kenapa pemimpin2 Melayu yang ada dalam kerajaan atau luar kerajaan sama2 sepakat menyengahkan mereka ini balik kenegara asal mereka atau negara komenwell. kenapa bangsa melayu melayu terutamanya pemimpin melayu masi nak kembong kan perut sendiri tidak mengira rakyat murhim. fikir2 kan lah wahai pemimpin melayu

  2. kebanyakan pemimpin melayu suka dicocok hidong atau buta bangsa sendiri atau todak mengenali diri sendiri berbangsa apa ???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.