SYED Hamid Albar menzahirkan kebimbangan apabila negara Malaysia kini sedang melalui fasa yang sukar dan berbahaya.

Beliau yang juga Bekas Menteri Dalam Negeri berkata, rakyat hari ini lebih bersikap polarisasi dan tidak ada sikap toleransi satu sama lain.

“Saya bimbang cara kita menggunakan bahasa yang berasaskan kaum, agama dan budaya kebangsaan.

“Semua yang kita telah dibina akan musnah jika kita tidak berhati-hati,” katanya dalam satu hantaran di Twitternya.

Kenyataan di twitternya itu dibuat ketika negara di serang oleh beberapa dasar kontroversi yang menyentuh isu perkauman dan agama.

Susulan itu, Syed Hamid menggesa rakyat Malaysia untuk menghayati erti pengorbanan.

“Jangan tengok kepada kelemahan orang atau kaum lain sahaja sebaliknya tengok pada diri dan kaum sendiri juga.

“Jangan menghina individu atau kaum lain.

“Islam diasaskan kepada kepelbagaian,” katanya. – 13 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.