Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

ADA sebab kenapa tulisan rasmi Bahasa Melayu ditukar daripada Jawi kepada Rumi pada masa lalu.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah kerana mengambil kira keperluan masyarakat bukan Melayu, pada ketika itu.

Justeru beliau mempersoal masyarakat bukan Melayu yang bertelagah dalam soal pembelajaran tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu Darjah 4 yang ingin dilaksanakan kerajaan.

“Saya tua, masih ingat masa nak capai merdeka.

“Oleh kerana orang bukan Melayu susah nak belajar Jawi, kita buat keputusan untuk guna tulisan Rumi, sebab nak bagi mudah orang bukan Melayu.

“Orang Melayu (masih) kena (belajar) Jawi kerana kena baca Al-Quran.

Apa kita nak kelahi? Kita sudah bagi pertimbangan khusus untuk kepentingan (masyarakat) bukan Melayu,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Terdahulu, Mahathir juga mengecam pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong sebagai ‘rasis’.

Hal ini kerana Dong Zong mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk “Islamisasi”, dan melancarkan petisyen bagi menggesa kerajaan membatalkan pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular. – 13 April 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.