SEBELUM ini, pengerusi Country Height Holding Berhad, Lee Kim Yew dikecam kerana menukar warna putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.

Apabila teruk dikecam, beliau akhirnya memohon maaf.

Kali ini, seorang lagi jutawan berbangsa Cina bernama Koon Yew Yin, yang merupakan pengasas IJM Corporation Bhd & Gamuda Bhd, pula melakukan perkara yang sama.

Koo Yew Yin telah menghina para tentera yang menyifatkan kumpulan itu ‘hanya tahu makan dan tidur’.

Hinaan itu terdapat dalam satu penulisannya di blog http://koonyewyin.com.

“Seperti yang anda ketahui, pasukan keselamatan tidak melakukan apa-apa kecuali makan dan tidur. Malah, hampir semua mereka tidak pernah melepaskan tembakan kecuali semasa latihan sasaran. Ada di antara mereka patut diganti oleh pekerja asing ladang FELDA,”

Image may contain: text

Hinaan itu ditulis dalam satu penerangan panjang lebar cadangannya untuk ‘meningkatkan’ prestasi penjawat awam.

Beliau juga secara berterus-terang mencadangkan kerajaan Malaysia untuk mengurangkan bilangan penjawat awam kerana merasakan wang negara yang ‘dihabiskan’ untuk mereka.

Yew Yin, merupakan taikun perniagaan yang pernah mengaku memberi dana kepada DAP pada Pilihan Raya Umum ke 14. – 13 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.