HARI ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan penipuan dua orang menteri kabinetnya.

Menteri yang dimaksudkan ialah Darell Leiking dan Lim Guang Eng. Kedua-duanya dikantoikan oleh Tun Mahathir dalam isu projek kereta nasional ke-3.

“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking menegaskan dua kali bahawa sumber dana untuk projek kereta nasional ke-3 adalah 100 peratus daripada pihak swasta,” dedah Presiden MCA Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Wee turut mendedahkan bahawa Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini memberi jaminan wang rakyat tidak akan digunakan untuk projek ini.

“Tetapi Perdana Menteri Tun Mahathir mengaku hari ini bahawa kerajaan telah melabur di dalam projek ini tetapi turut menafikan dia yang meluluskan pelaburan tersebut.”

“Dengan erti kata lain, Tun Mahathir telah kantoikan penipuan dua orang menteri,” kata Wee yang juga ahli parlimen Ayer Hitam.

Sebelum ini Wee mendedahkan bahawa syarikat yang bertanggungjawab dalam projek kereta nasional ke-3 ialah DreamEDGE Sdn Bhd.

Sementara pemegang saham terbesar DreamEDGE ialah VentureTECH Sdn Bhd, yang dikatakan 100 peratus dimiliki Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Tekologi Tinggi (Might).

Might pula dimiliki 100 peratus milik kerajaan Malaysia.

Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan menolak dakwaan Wee bahawa VentureTECH Sdn Bhd merupakan pemegang saham terbesar, apa yang berlaku bertentangan dengan kenyataan Lim Guang Eng sebelum ini.

Guang Eng, sebelum ini berkata tidak ada dana awam akan digunakan untuk projek tersebut manakala Leiking, berkata syarikat yang dianugerahkan projek kereta nasional ke-3 adalah 100 peratus milik swasta.

“Adalah mengecewakan untuk melihat menteri-menteri ini yang membuat dakwaan dan janji palsu dan enggan memberi komen dan membiarkan syarikat yang diberi projek tersebut mengeluarkan kenyataan,” kata Wee.

Kenyataan Tun Mahathir hari ini mendedahkan pembohongan kedua-dua menteri terbabit. – 13 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.