MENARIK sekali melihat pertubuhan pro-DAP, Dong Zong menjadikan pemimpin Amanah yang juga Yang Dipertua YADIM, Nik Omar Nik Abdul Aziz, sebagai punca penentangannya kepada pengajaran tulisan khat jawi di sekolah rendah.

Dakwa Dong Zong, kenyataan Nik Omar yang mengharapkan pengajaran tulisan khat jawi itu akan “memudahkan generasi muda mempelajari al-Qur’an serta memahaminya seterusnya beramal dengannya” adalah bukti terdapat usaha Islamisasi dalam pengajaran tulisan khat jawi ini.

Pada hemat saya, ini adalah alasan bodoh kerana dapat dilihat jelas Nik Omar memaksudkan generasi muda yang diharapkan mempelajari al-Qur’an adalah generasi muda yang beragama Islam kerana tulisan beliau merujuk kepada murid semua sekolah.

Soalnya ialah apakah Nik Omar akan berani untuk mendedahkan kebodohan Dong Zong atas cubaan lemahnya menjadikan beliau sebagai kambing hitam dalam isu ini?

Mungkin Nik Omar boleh dipersalahkan kerana tidak menyampaikan kenyataan beliau di dalam ayat yang jelas, tetapi tidak bolehkah Dong Zong meminta penjelasan beliau dahulu? – 14 Ogos 2019.

DR KAMARUL YUSOFF,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.