PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sudah tidak sabar untuk presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi ‘Perdana Menteri ke-8 (PM8)’.

Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin membidas satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh PKR Terengganu yang sudah membahasakan Anwar sebagai ‘PM8’.

“Surat rasmi parti siap tulis ‘PM8’ janganlah nampak sangat tak sabar,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya.

Bukan itu sahaja, surat itu turut memberi arahan kepada pihak pengurusan Malaysia Airport Sdn Bhd (MASB) Kuala Terengganu untuk menyediakan bilik dan pas khas bagi Anwar serta parti itu masuk ke lapangan terbang.

“Kalaulah Umno dulu buat macam ini mesti sudah kena serang dengan pelbagai tuduhan.

“Tetapi kenapa kita ada kuasa sikit sudah buat benda sama?

“Keghairahan macam inilah yang akan menyebabkan kesan negatif pada Anwar sendiri,” katanya.

Sementara itu, seorang warganet turut memuat naik satu poster sembahyang hajat di kuil Sri Mahamariamman yang menjemput orang ramai untuk hadir pada khamis ini.

Sembahyang hajat tersebut bertujuan untuk mendapatkan restu agar Anwar menerajui kabinet Malaysia sebagai PM8.

Belum ada apa-apa lantikan tetapi sudah menggelar dirinya sebagai PM8. – 14 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.