BUKAN DAP sahaja mahu Dr Zakir Naik dihalau, pemimpin Melayu dari parti Melayu juga mahukannya.

Pemimpin Bersatu, Rais Yatim menyokong gesaan DAP agar pendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik untuk dihantar pulang semula ke India.

Rais mendakwa ini kerana Dr Zakir telah mencetuskan kontroversi di negara ini.

“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum Hindu pula di kacaunya dengan komen-komen memperkecilkan mereka.

“Zakir sedang berperanan bahaya batu api. Amat baik dia dipulangkan saja ke India,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Rais juga berkata Dr Zakir juga merupakan seorang penceramah yang bermasalah kerana diburu oleh negara India, kewarganegaraan asal Dr Zakir.

Dakwa Rais, kerana Dr Zakir, Malaysia-India menghadapi masalah diplomatik.

“Kerana dia, hubungan Malaysia-India juga muram. Kita ada banyak kerja lain lagi,” katanya.

Sebelum ini, DAP melalui Lim Kit Siang konsisten mahu Dr Zakir dihalau keluar kerana tidak selesa dengan keistimewaan yang dimiliki pendakwah itu di negara ini.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam mengulangi kenyataannya bahawa Dr Zakir Naik tidak akan diusir keluar dari Malaysia di sebalik desakan supaya pendakwah itu diekstradisi ke India. – 14 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.