INI tanah Melayu.

Ini tempat orang Melayu.

Majoriti rakyat orang Melayu.

Parti paling banyak parti Melayu.

Ahli Parlimen dan ahli dewan negeri majoriti Melayu.

Perdana Menteri Melayu.

Timbalan Perdana Menteri Melayu.

Ketua Jabatan majoriti Melayu.

Ketua Polis Negara Melayu.

Ketua Turus Angkatan Tentera Melayu.

Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung Melayu.

Sultan Melayu.

Raja Muda dan Tengku Mahkota Melayu.

Ketua Setiausaha Negara Melayu.

Teapi hendak ajar tulisan khat yang hanya 40 minit sahaja dalam setahun, terpaksa buat pusingan U.

Begitu juga dalam isu pindaan Rang Undang-Undang di Selangor mahu menggantikan perkataan “dan” kepada “atau”, iaitu kebenaran daripada “ibu dan bapa” dipinda kepada “ibu atau bapa”.

Pindaan itu bagi membolehkan mana-mana individu berusia 18 tahun boleh memeluk Islam hanya dengan kebenaran ibu atau bapa. Pindaaan ini digagalkan oleh kuasa DAP.

Kepada mereka yang pernah berkata bahawa DAP tidak punya kuasa, kini terpaksa menelan semula kata-kata mereka.

Rupa-rupanya pemimpin Melayu ini penakut dan mengikut telunjuk sahaja. Bukan sahaja pemimpin Melayu di PH tapi di semua parti Melayu termasuk UMNO. Takut hilang kuasa.

Pemimpin politik di Malaysia lebih takut kepada tuan politik mereka daripada takut kepada Allah SWT, kata Zakir Naik.

Bagi saya, pemimpin politik Melayu di Malaysia secara umumnya lebih takut hilang kuasa daripada takut kepada Allah SWT dan menyatakan kebenaran.

Begitulah apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Padahal majority Ahli Dewan Negeri orang Islam.

Tetapi, mahu pindang undang-undang berkaitan Islam pun tidak mampu dilakukan.

Jumlah yang ramai itu tidak dapat melawan DAP kerana takut, sehingga Menteri Besar gagal membentangkan pindaan.

Bukankah, pindaan itu telah dipersetujui sultan? Hebat sungguh DAP sehingga mampu menolak perkenaan sultan.

Semua ini buat kita sakit hati dan geram sahaja! – 14 Ogos 2019

HAMDAN TAHA
Penganalisis Politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.