PESURUHJAYA PAS Negeri Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar mencadangkan kepada orang Cina yang benci sangat tulisan jawi supaya tidak menulis tulisan itu pada produk mereka.

“Saya cadangkan orang Cina yang benci sangat tulisan jawi, jangan tulis jawi pada produk mereka.”

“Kalau boleh tulis Bahasa Melayu pun jangan, biar tulis Cina pada produk mereka. Orang India pun tulis tamil pada produk dia.”

“Senang kami tahu produk siapa,” kata Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur.

Cadangan itu susulan bangkangan berterusan oleh Dong Zong dan pemimpin DAP terhadap cadangan Kementerian Pendidikan berkenaan seni khat dan tulisan jawi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah memuktamadkan bahawa pengajaran seni khat akan diteruskan seperti dirancangkan.

Namun, keputusan Tun Mahathir itu kemudiannya ditarik balik melalui suatu mesyuarat kabinet yang tidak dihadiri oleh beliau.

Keputusan mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadikan seni khat sebagai pilihan, bukan lagi wajib seperti sebelumnya.

Hakikatnya pengajaran seni khat itu hanya membabitkan enam muka surat dan mengambil masa beberapa minit sahaja dalam setahun. Malah tidak membabitkan sebarang peperiksaan.

Semua pelajar sekolah rendah sama ada sekolah kebangsaan, SJKC dan SJKT akan belajar sukatan pelajaran yang sama.

Namun apa yang berlaku kini, SJKC dan SJKT tidak diwajibkan.

Tentangan Dong Zong sehingga mengaitkan dengan islamisasi juga kata-kata berunsur penghinaan membangkitkan kemarahan orang Melayu Islam.

Sikap Dong Zong yang tidak pernah menghormati penduduk majoriti negara ini amat tidak wajar.

Keangkuhan Dong Zong ini kerana mereka mendapat sokongan sepenuhnya daripada DAP. Apatah lagi kini DAP berada dalam barisan kabinet.

Jadi, cadangan Pesuruhjaya PAS Pahang itu sesuatu yang wajar untuk menunjukkan kesabaran orang Melayu dan Islam ada hadnya. – 14 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.