SEBELUM suruh tetamu baru pulang, suruh tetamu lama (Cina) pulang terlebih dahulu, demikian kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Dr Zakir Naik.

Penceramah kontroversi itu sebelum ini hanya berdiam diri apabila didesak oleh kaum Cina dan pengkritiknya di Malaysia yang mahu beliau keluar dari negara ini.

“Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu?

“Jadi saya kata, sebelum saya (datang), kaum Cina adalah tetamu.

“Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang.

“Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya (lahir di sini),” katanya.

Zakir dalam satu syarahan pada Khamis lalu turut membidas penganut Hindu yang dikatakan lebih percaya dengan Perdana Menteri India berbanding Malaysia.

Selain itu, kaum Cina di Malaysia perlu sedar Islam tersebar dengan aman di sekitar daerahnya melalui pedagang.

“Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya selepas itu.

“Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris (British) datang. Mereka adalah tetamu baru.

“Jika kamu mahu tetamu itu pulang, dan tetamu lain yang membawa keamanan dalam sesuatu komuniti tersebut pulang, mereka (tetamu itu) membawa manfaat kepada keluarga itu, apa akan jadi,” katanya. – 14 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.