APABILA Tun Mahathir Mohamad menggelar Dong Zong sebagai pertubuhan rasis dan tidak suka Melayu, DAP melatah dan tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri itu.

Sikap defensif parti cauvinis itu secara tidak langsung menunjukkan Dong Zong merupakan kumpulan pendesak Cina pro-DAP.

Ideologi kedua-dua entiti itu sama. Perjuangkan hak orang Cina sahaja tanpa mengira pandangan majoriti rakyat di negara ini.

Lihat saja dalam isu pembelajaran seni khat dan jawi di sekolah jenis Cina dan Tamil.

Hampir semua pemimpin DAP dan Dong Zong sendiri membantah pelaksanaan silibus itu walhal hanya enam muka surat saja yang perlu dipelajari dan tidak termasuk dalam peperiksaan.

Polis baik, polis jahat

Ada istilah dalam bahasa Inggeris iaitu ‘good cop, bad cop, taktik yang sering digunakan pihak berkuasa dalam sesi soal siasat.

Dalam isu jawi ini juga tidak ketinggalan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat memain peranan good cop apabila menyokong pelaksanaan silibus jawi dan seni khat.

Dong Zong pula memegang watak bad cop apabila lantang membantah isu itu.

Lakonan mereka cukup hebat sehingga ramai yang terpedaya sedangkan mereka sebenarnya satu kapal dan mempunyai satu agenda sama iaitu pertahan hak orang Cina.

Hal ini terdedah apabila Tun Mahathir mengusik NGO belaan DAP itu yang disifatkan sebagai pertubuhan rasis.

Maka berbondong-bondonglah pemimpin DAP termasuk Kit Siang sendiri pertahankan Dong Zong.

Kit Siang si arkitek

Jangan lupa sebelum itu, Kit Siang cuba bermain watak ejen bermuka apabila menuduh Tun Mahathir dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai berkonspirasi dalam isu jawi dan khat ini.

Adakah dengan pendedahan ini menunjukkan Kit Siang adalah tuan sebenar kepada Dong Zong yang dipergunakan untuk mencetuskan polemik berpanjangan?

Tindakan Dong Zong semakin hari semakin melampau apabila NGO pro-DAP ini mahu kerajaan tunduk kepada desakan dan tuntutan mereka.

Kumpulan pendesak pro-DAP ini langsung tidak kisah tentang ketegangan kaum yang telah dicetuskan apabila orang Cina mula membenci bangsa Melayu akibat kedegilan mereka menerima dasar kerajaan.

Dong Zong tidak ubah seperti senjata DAP untuk mencetuskan provokasi dan menggugat perpaduan negara dengan memanjangkan isu remeh seperti pelaksanaan seni khat dan jawi.

Jika benar Dong Zong alat mainan dan boneka DAP, adakah Kit Siang arkitek yang mengawal dan merancang pergerakan kumpulan pendesak itu untuk mencetuskan isu perkauman di negara ini? – NTHQiBord, 14 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.