MINGGU lepas, saya ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru ada pendengaran permohonan injunksi interparte dan sebelum kes dipanggil mahkamah memanggil kes-kes jenayah terlebih dahulu.

Apa yang amat mengecewakan saya apabila seorang lelaki Cina warganegara Malaysia telah didakwa dan apabila pertuduhan dibacakan dalambahasa kebangsaan.

Dia tak faham dan cakap “bahasa Cina” dua tiga kali.

Mahkamah pun tetapkan tarikh lain untuk lantik jurubahasa Cina.

Peguam India sebelah saya cakap, “ini seperti penyakit” dengan muka tak puas hati juga.

Maknanya dia pun hairan bagaimana warganegara Malaysia berbangsa Cina masih ramai tak faham bahasa kebangsaan.

Teringat kes Cindy Ng Pei Ven berumur 19 tahun pada 2017 yang memandu kereta Proton Gen 2 melawan arus di lebuh raya di Pulau Pinang sehingga menyebabkan kematian Mohd Fandi Rosli yang meninggalkan isteri sedang hamil 4 minggu. Pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Dia didakwa di bawah pengaruh dadah dan didakwa di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya dan turut didakwa di bawah sekayen 44(1)(a) Akta Pengakutan Jalan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian.

Namun dia telah terlepas pendakwaan kes di bawah Akta Dadah Merbahaya kerana ujian air kencingnya negatif.

Keputusan kes di bawah Akta Pengangkutan Jalan tak dapat diketahui kerana tidak dilaporkan media.

Saya anggap dia juga akan terlepas dari hukuman sebab ujian air kencingnya negatif.

Pada tahun 2017 negara juga gempar dengan kes seorang lagi perempuan berbangsa Cina, Sam Ke Ting, 21, yang telah didakwa melanggar dan menyebabkan kematian 8 remaja Melayu berbasikal di Johor.

Pertuduhan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan juga tidak dpt dibacakan dalam bahasa kebangsaan kerana dia tak faham. Pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Mandarin.

Isu-isu seperti kegagalan memahami dan berbahasa kebangsaan bukanlah isu kecil tetapi isu besar yang menampakkan kepincangan sesuatu bangsa dan negara.

Kita tidak mempertikaikan hak sesuatu kaum untuk berbahasa di dalam dialek bangsanya namun ianya tidak harus mewujudkan bangsa yang gagal memahami aspirasi penubuhan negara dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Lihatlah Jepun, Jerman, Indonesia, Thailand dan lain-lain negara.

Mereka begitu bangga dengan bahasa dan identiti kebangsaan.

Sikap terlalu mempertahankan dan memperjuangkan pendidikan Cina di peringkat menengah sehingga ke peringkat tertinggi seperti UEC dan lain-lain sebenarnya telah menafikan hak dasar pendidikan kebangsaan dan telah menggagalkan usaha penyatuan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Kemudian meletakkan pula bahasa Mandarin seolah-olah lebih tinggi dari bahasa kebangsaan ditunjukkan dengan sikap majikan yang meletakkan syarat mesti berbahasa Mandarin dalam pengambilan pekerja.

Kini ditambah pula dengan sikap perkauman yang sama oleh beberapa menteri-menteri DAP yang telah menggunakan bahasa Mandarin dan mengabaikan bahasa kebangsaan di dalam program-program rasmi melibatkan dana kementerian.

Kalau dulu ada pemimpin DAP yang begitu lantang mempertikaikan tulisan jawi di papan tanda jalan kini mereka pula mempertikaikan pendidikan tulisan jawi kepada rakyat Malaysia berbilang kaum.

Ingatlah bahasa jiwa bangsa. Ke mana arah tuju negara ini? Menjadikan Mandarin bahasa kebangsaan?

Itu belum lagi kita ulas isu majikan yang menghalang umat Islam bersolat di waktu kerja, menghalang kakitangan wanita Muslim bertudung, diskriminasi gaji dan penjawatan, monopoli perniagaan dan sabotaj di sektor swasta perniagaan dan banyak lagi isu.

Hakikatnya sesuatu perlu dilakukan sebelum ianya menjadi lebih parah dan membarah.

Al-Fatihah buat Allahyarham Syed Danial yang dilanggar oleh seorang lelaki Cina dan telah meninggal dunia meninggalkan isteri dan anak kecilnya.

Bagi saya jika suspek mengejar, memukul dan melanggar arwah sehingga menyebabkan kematian sememangnya dia bukan mempertahankan diri. Suspek perlu didakwa dan dihukum.

Sedih sungguh lihat gambar keluarga Allahyarham Syed Danial di hari pengkebumiannya ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. – 14 Ogos 2019.

ADNAN SEMAN,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.