AHLI Parlimen Klang, Charles Santiago melancarkan serangan baru dalam pertikaian isu tulisan jawi.

Lapor media tempatan, Santiago, yang juga merupakan pemimpin DAP menyerang Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia dengan menyuruh pemimpin Bersatu itu untuk tutup mulut dan fokus kepada kerja.

“Memanggil saya pembohong adalah tuduhan yang serius. Maszlee sepatutnya menjaga mulut itu, dan apa yang lebih penting, fokus dengan tugas nya.

“Beliau perlu buktikan yang saya salah kerana sikap mempertahankan diri adalah pilihan yang lebih mudah,” katanya.

Terdahulu, Maszlee membidas kenyataan Charles Santiago yang mendakwa Santiago sebagai pembohong kerana menuduh ‘bossnya’ Tun Mahathir Mohamad membuat keputusan sendiri’.

“Ingin saya tegaskan bahawa Perdana Menteri (Tun Mahathir) merupakan pemimpin yang mengutamakan kepentingan serta pandangan semua pihak,”

“Dan setiap keputusan yang dibuat di peringkat kerajaan atau Pakatan Harapan merupakan keputusan bersama,” kata Maszlee.

Sebelum itu, Santiago menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kepemimpinan Pakatan Harapan apabila mendakwa Mahathir sering membuat keputusan secara berseorangan.

Santiago juga menempelak Mahathir dengan menyatakan seolah-olah Pengerusi Bersatu itu mahu menunjukkan kekuasaannya walaupun datang daripada parti kecil.

Mahathir pula ketika ditemui pemberita, secara sinis membalas dakwaan itu dengan ‘mengiktiraf’ Santiago mempunyai kedudukan yang setaraf dengannya. – 14 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.