MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini berkongsi kemarahannya ke atas
pendakwah Dr Zakir Naik.

Ahli Parlimen Muar itu dalam satu hantaran di laman Twitternya menzahirkan bahawa beliau mahu pendakwah Zakir diusir dari Malaysia.

“Serangan ke atas saudara Cina dan India merupakan serangan ke atas semua rakyat Malaysia.

“Demi Tuhan, mereka tu rakyat Malaysia! Cukup cukuplah,” katanya.

Saddiq menyifatkan kenyataan Zakir yang memanggil rakyat Malaysia sebagai ‘tetamu’ merupakan tindakan yang tidak masuk akal.

“Orang Cina Malaysia bukan tetamu tetapi warganegara Malaysia yang cintakan Negara bertuah ini.

“Kekuatan Malaysia adalah kesatuan rakyatnya, jadi cukuplah perlekehkan kesatuan dan kesetiaan kita.

“Saya kenal ramai orang Cina dan India yang sanggup mati pertahankan negara tercinta kita,” katanya.

Jelas Saddiq, Zakir seolah-olah memperlekehkan kesatuan dan kesetiaan rakyat Malaysia.

Sementara itu, nada yang sama turut diluahkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran yang menggesa kerajaan mengusir Dr Zakir Naik. – 14 Ogos 2019

7 COMMENTS

  1. Ini lah orang Melayu dan Islam yang akan menjual bangsa, agama dan negara demi kepentingan peribadi.

  2. This guy might be a good debater, but in politics and ethics, he is still green. He should be embarrassed to share his photos sitting in the bathtub, sticking a plaster on his face, etc. He is nothing more than full of dramas. I suggest he should learn to walk the talk. My sincere recommendation for him is to get married and try to mature as a real man, husband and father. Go to the kampung and get some ‘petua’ (wisdom) from experienced kampung folks.

  3. Hati2 dgn beberapa ulasan yg tersebar luas.
    1. Ada niat utk pecah belahkan umat islam.
    2. Ada niat utk pecah belahkan ph.
    3. Ada niat utk huru hara kan negara ini dgn isu agama & perkauman.

  4. Bukan semua cina tu non-muslim.. Ada juga cina yg islam, begitu juga india.. Tak baik juga kata cina dan india balik ke negara mereka disebabkan mereka bukan warganegara atau pun bukan beragama islam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.