KASIHAN juga melihat Tun Mahathir Mohamad, ketika usia yang sudah menjelang senja, beliau diserang bertalu-talu kiri dan kanan, depan dan belakang.

Apa yang lebih memeritkan ialah Tun Mahathir kini memimpin Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersatu hati dan saling bercanggah antara satu sama lain.

Perdana Menteri keseorangan berhadapan serangan dan kecaman daripada pemimpin parti kerajaan iaitu DAP.

Lihat sahaja apa yang diungkap oleh P Ramasamy, Ramkarpal, Charles Santiago, Ronnie Liu dan ramai lagi pemimpin DAP di segenap peringkat.

Tatkala Perdana Menteri diserang sedemikian rupa, di manakah suara Timbalan Perdana Menteri?

Ke mana hilangnya suara calon PM ke-8?

Ke mana hilangnya suara pemimpin utama PKR, PAN bahkan PPBM yang dipimpin oleh Tun Mahathir sendiri?

Tun Mahathir kelihatannya begitu tegas mempertahankan pendirian Kerajaan berkenaan isu pengenalan tulisan jawi, Dr Zakir Naik dan Lynas.

Namun, amat malang sekali keputusan kerajaan ini ditentang dan dikecam oleh parti Kerajaan PH sendiri khususnya DAP.

Seandainya DAP benar-benar berprinsip, mereka patut keluar sahaja daripada kerajaan dan kembali semula jadi pembangkang.

Apa faedahnya DAP menjadi kerajaan sedangkan mentaliti mereka masih pembangkang bukan?

DAP kini menjadi duri dalam daging, mereka menjadi penentang dan pengkhianat daripada dalam.

Bagaimana Tun Dr Mahathir mahu memimpin kerajaan sedangkan Ahli Kabinetnya sendiri yang menentang dirinya?

Pilihan ada dua sahaja sepatutnya kepada DAP ini.

Berundur dengan sukarela atau dipecat secara paksarela. – 14 Ogos 2019

SYED AHMAD FADHLI,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS di Parlimen Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

4 COMMENTS

  1. Penulis ini kalau mahu dikatakan dungu.
    Mgkin terlalu kasar.
    Tapi itulah hakikatnya.
    Beliau mempersoalkan “kemana perginya suara calon pm ke 8 (anwar)
    Bukan kah anwar sdg berada ditanah suci.
    Cadangan saya.
    Jangan tunjukkan kedunguan melampau & dalam masa yg sama tak perlu campur hal ehwal pakatan harapan.

    • Klu betul sekalipun anwar berada di mekah, x kan beliau x boleh nk bg komen langsung sdgkan beliau ada masa utl berswafoto dgn anak2 di depan kaabah. Dan kemana perginya pemimpin melayu PH yg x pi mekah tu? Syed saddiq segaraga yg menajdi anak didik madey pun serang madey, x kenang budi langsung..!!. Tinggallah si khairuddin sorg yg berhempas pulas pertahankan madey. Ke mana mujahil, di mana mat syabu, terowong mana wan ji sembunyi, bungalow mana khalid samad duduk, mp umno yg berpaling tadah tu dok sembunyi kepala kat mana????. Nmpaknya madey tlh tersalah pilih kapal. Tok pa, ikhmal hisyam, rasul wahid, mas ermieyatie, hamzah zainuddin…awat hangpa senyap? Bahalol betul hangpa ni. Di saat boss diserang, hangpa menikus. Mmg dasar hangpa ni penakut…jaga kepentingan diri sendiri.

    • Kalau betul anuar berada ditanah suci. Kenapa tak ada berita mengatakan. Sudah pasti lah keluar berita dari tanah suci atau dari melaysia. Saya sedang berfikir ne.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.