TIDAK ramai rakyat Malaysia khususnya orang Melayu mendengar nama Lim Lian Geok apatah lagi mengenal dan mengetahui sejarahnya, kata pensyarah UniSZA Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah dalam Ismaweb.

Menurutnya Mendiang Lim Lian Geok ialah pengasas Dong Zong.

“Untuk makluman, Lian Geok, generasi pertama mendatangi Tanah Melayu, adalah pengasas Dong Jiao Zong dan SMPC. Beliau dikenakan tindakan penjara dan ditarik kewarganegaraannya kerana terlampau rasis dalam memperjuangkan pendidikan Cina.”

“Lian Geok ini juga menjadi idola pemimpin Dong Zong hingga kini sehingga namanya disemadikan pada beberapa tempat seperti dewan dan pusat penyelidikan,” kata Ridhuan.

Oleh itu, Ridhuan mencadangkan bukan sekadar haramkan Dong Zong, bahkan haramkan UEC sekali. Jadikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang mengeluarkan UEC, kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang berada dalam sistem pendidikan negara.

Ridhuan turut menyokong ketegasan Perdana Menteri berhadapan dengan pertubuhan rasis ultra kiasu, Dong Zong.

“Lihatlah bagaimana parti politik ultra kiasu dan kumpulan ultra kiasu mempertahankan mereka. Masih kita buta?” katanya.

Bagi Ridhuan tidak cukup dengan itu, pemimpin mereka hendaklah juga disumbat ke dalam penjara dan ditarik kewarganegaraan seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan terhadap pengasas Dong Zong, Mendiang Lim Lian Geok.

Ridhuan juga mendesak kerajaan menubuhkan RCI ditubuhkan untuk mengkaji tindak tanduk Dong Zong sejak mula ditubuhkan oleh Lim Lian Geok, sehingga ke hari ini.

Baginya tindakan ini amat penting agar rakyat dapat mengetahui tindakan subversif, rasis dan komunis pertubuhan ini yang begitu bahaya dalam pembangunan negara bangsa Malaysia.

“Saya juga memohon kerajaan siasat juga sumber kewangan Dong Zong, Jiao Zong, Hua Zong dan lain-lain pertubuhan rasis ini.

“Saya amat yakin, sebahagian besar peniaga-peniaga Cina yang berskala besar dan kecil, memberi sumbangan yang begitu banyak terhadap pertubuhan rasis yang menanamkan kebencian kaum ini,” katanya.

Menurutnya, jika sebuah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di salah sebuah sekolah yang dikaji mempunyai baki penyata kewangan melebihi satu juta setiap tahun, bayangkan lebih 1,300 sekolah yang mereka ada. Jika PIBG sudah kaya, sudah tentu persekutuan persatuan-persatuan mereka teramat kaya.

Katanya lagi, jika tidak, mana mungkin mereka mempunyai bangunan sendiri, sekolah dan kolej universiti serta universiti sendiri dalam skala besar? Ini tidak termasuk lebih 9,000 persatuan yang lain, bernaung di bawah hua tuan dan hua zong.

Ridhuan memohon Kementerian Pendidikan agar tidak mengiktiraf UEC. Jika pemimpin mereka rasis, sudah tentu murid-muridnya sebegitu. Bapa borek anak rintik. Pemikiran rasis ini sudah ditanam dalam pemikiran murid-murid mereka zaman-berzaman.

Kata Ridhuan, Ahli Parlimen Kluang, merupakan produk UEC yang turut menentang tulisan jawi dengan mengaitkannya dengan tulisan porno. Ketika sesi town hall, beliau adalah yang lantang bercakap mempertahankan UEC dan Lim Lian Geok. – 14 Ogos 2019

3 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.