AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai senyap dan terlajak dayus.

“Malangnya Menteri Pertahanan senyap dan ‘terlajak dayus’,” katanya dalam Facebook.

Sebelum ini, seorang taikun PH, Koon Yew Yin dalam suatu tulisannya mengatakan bahawa anggota tentera hanya makan dan tidur sahaja dan patut bekerja di Felda.

Kenyataan itu memang biadap dan menunjukkan sikap tidak hormat Yew Yin kepada anggota keselamatan negara.

“Saya menyeru seluruh anggota tentera supaya tidak menyokong Kerajaan PH dan membuat protes senyap dengan tidak mengundi PH di PRU ke 15 nanti.”

“Lupakah dia keamanan yang mereka nikmati sekarang sehingga boleh bebas berniaga adalah sumbangan anggota tentera yang menjaga keamanan termasuk menumpaskan pengganas komunis PKM.”

“Tahukah Koon, tentera hari ini tetap bertugas menjaga sempadan, perairan, ruang udara dan membuat kerja sukarelawan apabila berlaku bencana,” kata Puad.

Hakikatnya, kata-kata Yew Yin itu bukan sahaja menghina anggota tentera yang masih berkhidmat, malah mereka yang telah bersara dan terkorban demi memastikan keamanan negara.

Oleh itu, bukan sahaja anggota tentera yang sepatutnya sedar akan sikap tidak mengenang budi Yew Yin ini, malah anggota keluarga tentera juga patut membuka mata.

Ahli perniagaan yang sama bukan sahaja mengeluarkan kenyataan menghina anggota tentera, malah turut mempertikaikan kakitangan kerajaan.

Bagi Yew Yin, kakitangan kerajaan tidak efektif bekerja, malah mempertikaikan kuota mengikut kaum – yang sebenarnya secara tidak langsung mempertikaikan hak istimewa orang Melayu.

Jika inilah sikap salah seorang penyumbang dana kepada DAP, maka tidak pelik jika DAP sendiri mempunyai sikap yang sama.

Dalam perkembangan lain, pelbagai pihak turut mengecam kenyataan yang dibuat oleh Yew Yin ini.

Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant mengecam kenyataan Yew Yin dan menggesa ia ditarik balik.
AJK PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula mahu Yew Yin tutup mulut jika tahu tanggungjawab sebenar anggota tentera. – 14 Julai 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.