PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan barisan menteri Kabinetnya dan mengakui berpuas hati dengan prestasi mereka.

Menurutnya, beliau yakin kesemua menteri di bawah pentadbirannya telah melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaiknya.

“Tugas sebagai seorang menteri Kabinet mendedahkan mereka dengan pelbagai kritikan.

“Tetapi mereka telah (melaksanakan tugas) dengan semampu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada menteri-menteri di bawah pentadbiran beliau telah melakukan yang terbaik untuk negara.

Jelas Mahathir, tidak kira selama mana pun seseorang itu menjadi menteri Kabinet mereka tidak akan terlepas daripada dikritik pelbagai pihak.

“20 tahun sekalipun mereka dalam Kabinet saya mereka tetap tidak terlepas daripada menerima kritikan,” katanya.

Terdahulu, beberapa menteri Kabinet di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak untuk melepaskan jawatan kerana didakwa gagal menjalankan tugas dengan baik.

Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan antara ‘ahli pasukan’ yang gemar melakukan masalah antaranya menafikan kedudukan Dr Zakir Naik untuk terus tinggal di Malaysia.

Kenyataan Waytha tidak melambangkan perpaduan yang merangkumkan rakyat Malaysia, tetapi hanya bersuara bagi pihak pelampau masyarakat India.

Waytha juga menimbulkan syak wasangka dalam isu membabitkan dana RM100 juta masyarakat India.

Beliau membayar RM700,000 kepada syarikat yang baharu didaftarkan untuk program pembangunan masyarakat India yang tidak jelas.

Begitu juga dengan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang terpalit dengan pelbagai isu pencemaran Pasir Gudang hingga ratusan pelajar terjejas.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga antara menteri yang gagal mengemudi kewangan negara, kerana pertambahan hutang yang mendadak dan penjualan pelbagai aset negara.

Maszlee Malik, Teo Nie Ching, Redzuan Yusof antara menteri yang banyak ‘buat hal’ dan mendapat kecaman warga maya kerana tidak tegas, suka membuat kenyataan ‘flip flop’ serta tidak masuk akal.

Azmin Ali pula muncul sebagai menteri yang paling dibenci di media sosial, kerana penularaan video semburit hingga mempopularkan Malaysia ke laman lucah ternama dunia. – 14 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.