ARMADA Bersatu mengingatkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago supaya mengambil tahu tentang kepentingan untuk menguruskan kesatuan politik apabila menjadi sesebuah kerajaan.

Exconya, Muzzammil Ismail, setiap pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) mempunyai tanggungjawab dan kuasa mengikut bidang masing-masing yang perlu dilaksanakan.

“Kita ada tanggungjawab dan kuasa mengikut bidang masing-masing.

“Kadang-kadang bila dah berkuasa jangan pula menjadi besar kepala dan tidak tahu peranan Perdana Menteri, Pengerusi, dan Ketua.

“Armada mengkritik sekeras-kerasnya sikap dan ketidakmatangan Ahli Parlimen Klang ini yang cuba membina tembok lebih tinggi dan meretakkan kesatuan yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai gesaan pemimpin DAP itu agar PH mengkaji semula kuasa berlebihan di tangan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam Majlis Presiden PH.

Sebelum ini, Charles mendesak Majlis Presiden PH mengkaji proses membuat keputusan susulan keputusan kerajaan terhadap isu tulisan jawi dan seni khat serta isu lain termasuk pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik.

Dakwanya, Tun Mahathir sering membuat keputusan secara unilateral dan ada terlalu banyak kuasa di tangan Perdana Menteri yang sepatutnya dikongsi secara sama rata dalam kalangan parti komponen PH. – 15 Ogos 2019.

1 COMMENT

  1. Itu namanya patel yang tak sedar diri. suroh dia baca sejarah bila dia datang keTanah Melayu hanya pada tahun 1880 sahaja itu pon britis bawa datok nenek dia jadi koli yang lelakinya. yang pompuannya entah jadi apa…. dah bagi kerakyatan lupa pulak diatu asal dari mana. perlu dijelaskan kepada dia INDIA negara dia KELING bangsa dia. macam Melayu juga TANAH MELAYU negara kita MELAYU bangsa kita. patel tu kena faham jangan kata dia pribumi disini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.