SERANGAN bertali arus Dong Zong dan DAP dalam isu seni khat dan tulisan jawi mendedahkan sifat hipokrit mereka.

Bahkan, ada Ahli Parlimen DAP mengaitkan seni khat ini dengan tahi dan pornografi.

Datuk Seri Ahmad Maslan mendedahkan sifat hipokrit Dong Zong dan DAP ini dalam kehidupan seharian dan dunia perniagaan.

Ahmad mendedahkan, banyak produk di pasaran yang dikeluarkan oleh industri milik orang Cina yang menggunakan tulisan jawi.

“Logo halal dalam jawi, diguna dalam ribuan produk, restoran dan perkhidmatan milik pelbagai kaum di Malaysia.”

“Yang bab logo halal dalam tulisan jawi berlumba-lumba peniaga pelbagai bangsa cuba mendapatkannya tanpa ada isu ditulis dalam tulisan jawi,” selarnya.

Katanya, Jangan benci dan tentang seni khat dan jawi secara tidak tentu hala.

Menurutnya lagi tulisan iawi yang jadi isu hanya tiga muka surat (asalnya enam muka surat) dalam buku sekolah dari seratus lebih muka.

Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya pula mencadangkan supaya Dong Zong memperjuangkan tulisan Cina dalam semua produk mereka.

“Apa kata Dong Zhong perjuangkan semua produk Cina sama ada makanan dan lain-lainnya dalam bahasa Cina. Termasuk logo halal dalam bahasa Cina.”

“Apabila produk makanan, pakat nak tulis jawi. Kenapa? Sebab pengguna majoriti Melayu Islam. Tetapi apabila enam halaman sahaja silibus jawi, riuh rendah membantah,” sindir Fathul.

Dalam perkembangan lain Jemaah Menteri telah membuat keputusan pengenalan tulisan Jawi ini diteruskan, tetapi dilaksanakan hanya jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan akan teruskan seperti biasa. – 15 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.