PENGERUSI Pemudan MCA, Nicole Wong Siaw Ting menyalahkan DAP sehingga menyebabkan Dong Zong digelar rasis oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Nicole sejak isu khat berlaku menteri dari DAP gagal menyuarakan kegusaran ramai pihak melalui kaedah yang betul.

Katanya, keadaan itu memberi gambaran kepada Kabinet bahawa ramai bersetuju dengan tindakan pengenalan khat dan hanya Dong Zong yang membantah.

“Sekiranya Timbalan Menteri Pendidikan dan menteri DAP bersepakat berbanding membantah tulisan khat, dengan membawa suara masyarakat ke meja rundingan perkara itu lebih efektif dalam mengenengahkan pendidikan Cina,” katanya.

Yang lebih memburukkan keadaan ialah bukan sahaja Dong Zong yang membantah seni khat tersebut, malah sebahagian besar pimpinan DAP sendiri begitu lantang menentangnya.

Dalam hal ini, nampaknya bukan sahaja Dong Zong yang rasis, DAP juga mula menunjukkan wajah sebenar mereka selepas mendapat kuasa.

Sebanyak 138 bahagian DAP selain Adun dan Ahli Parlimennya terang-terang membantah seni khat ini.

Pimpinan DAP bukan sahaja membantah seni khat ini malah menyerang Tun Mahathir yang mempertahankan pengenalan silibus tersebut.

Jadi, bukanlah sesuatu perkara yang pelik jika Dong Zong begitu biadap membantah seni khat ini kerana mereka disokong kuat oleh “Abang Besar” mereka.

Gelaran rasis yang diberikan Tun Mahathir kepada Dong Zong itu terpakai juga kepada DAP. – 15 Ogos 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.