TINDAKAN radikal pro DAP yang memaksa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar pulang pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke negara asalnya seolah-olah seperti menghalau umat Islam secara keseluruhannya.

Exco Penerangan Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muslim Abdullah Zaik berkata, mempertahankan dan menjaga saudara seagama adalah sebahagian daripada akidah umat Islam.

“Pemuda Isma beranggapan bahawa menghalau Zakir Naik seolah-olah menghalau seluruh orang Islam di Malaysia memandangkan umat Islam saling mempunyai ikatan akidah, ukhuwah dan kesetiaan (wala’) sesama mereka.

“Sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ kaum muslimin adalah umpama satu jasad. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit,” katanya.

Sebelum ini, beberapa menteri Kabinet dari parti DAP seperti Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran menggesa kerajaan mengusir Zakir Naik.

Semalam, Syed Saddiq sendiri melalui satu kenyataanya ‘melawan’ majikannya sendiri, Tun Mahathir supaya Dr Zakir dihalau dari Malaysia.

Sementelah Tun Mahathir kekal dengan pendiriannya untuk tidak menghantar Dr Zakir pulang, kerana bimbang pendakwah itu dibunuh.

Gesaan untuk menghantar Dr Zakir pulang adalah disebabkan kenyataan Dr Zakir yang telah diputar belit oleh media tertentu.

Beberapa media pro DAP telah melaporkan pendakwah dari India itu mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif membabitkan masyarakat berbilang etnik di sini.

Dr Zakir juga telah menafikan kenyataan tersebut dan mendakwa petikan ceramahnya di Kelantan baru-baru ini disalah tafsir pihak tertentu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pihak yang berniat jahat tersebut memetik kenyataannya di luar konteks dengan tujuan memfitnah Dr Zakir. – NTHQiBORD, 15 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.