WAYTHA Moorthy Ponnusamy adalah Menteri Perpaduan yang dilantik setelah Pakatan Harapan menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke 14.

Namun, menteri ini dianggap antara yang kurang menunjukkan prestasi yang baik kerana sering dikritik rakyat Malaysia.

Bermula dari kes rusuhan Kuil Seafield pada tahun lalu, Waytha juga terpalit dengan beberapa isu termasuk pengurusan dana RM100 juta untuk kaum India.

Namun tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya Menteri Perpaduan ini, yang tiba-tiba muncul menjadi menteri.

Menurut sumber, pada tahun 2008-2009 Waytha pernah menghantar memo kepada negara-negara luar dalam cubaan untuk mensabotaj Malaysia.

Beliau meminta kerajaan Britain untuk menyingkirkan Malaysia dari Komanwel selain tuntutan agar Britain membayar ganti rugi kepada warga India kerana membawa masuk mereka ke Malaya.

Waytha melalui Hindraf juga pernah menghantar memo kepada kerajaan India untuk menghentikan semua projek lebuhraya termasuk monorail yang dianugerahkan kepada syarikat Malaysia.

Memo itu juga terkandung untuk memohon kerajaan India melakukan sekatan perdagangan dengan cubaan menamatkan pembelian sawit dari Malaysia.

Menipu tentang nasib kaum India di Malaysia kepada dunia

Tersebar beberapa dokumen telah menunjukkan Waytha telah berbohong sebelum menjadi menteri.

Beliau berbohong dengan menyatakan kaum India di Malaysia ditindas dengan dahsyat sedangkan umum mengetahui, tidak berlaku hal seumpama itu.

Antara pembohongan Waytha melalui dokumen yang dibocorkan ialah menyatakan kaum India dijadikan hamba abdi di Malaysia, dimana 150,000 kaum India tidak mempunyai warganegara, selain mendakwa terdapat pembersihan etnik di Kampung Medan.

Dia juga telah menipu dengan menyatakan bahawa kuil penganut agama Hindu dirobohkan setiap minggu.

Waytha juga menipu data dan fakta, dengan menyatakan 6 individu berbangsa India dibunuh polis setiap minggu, 90% mati ditembak serta 80% tangkapan tanpa bicara adalah dari kaum India.

Ini tidak termasuk dengan pembohongan Waytha yang mendakwa 6 masyarakat India bunuh diri setiap hari, 60% pengemis adalah orang India, 40% pengemis adalah masyarakat India, 70% miskin tegar merupakan bangsa India.

Segala penipuan ini didokumenkan Waytha melalui satu lampiran kira-kira 12 muka surat yang dibentangkan kepada pentas antarabangsa pada 2008.

Tidak layak bergelar menteri

Rekod yang dimiliki Waytha jelas menunjukkan beliau cuba sabotaj negara kepada dunia.

Seorang lelaki lidah bercabang tidak seharusnya diangkat untuk mengetuai perpaduan kerana minda Waytha sendiri pernah ‘kotor’ dengan pelbagai agenda hitamnya.

Jika Pakatan Harapan benar-benar jujur untuk membawa perubahan baru dalam kerajaan, Waytha Moorthy bukan orang yang layak bersama kabinet! – NTHQiBORD, 15 Ogos 2019.

 

2 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.