‘KES Syariah tak penting ke?’

Itu persoalan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung laporan media bahawa tiada peguam Syariah baharu di Sabah sejak April lalu.

Menurut laporan sebuah portal, Mahkamah Syariah Sabah bergelut dengan timbunan kes rayuan dan permohonan yang tertangguh kerana ketiadaan ketua hakim Syariah yang sudah masuk bulan keempat.

Tanpa ketua hakim, semua rayuan dan permohonan prosiding di Mahkamah Rayuan Sabah tidak boleh diteruskan kerana pelantikan panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah memerlukan cadangan Majlis Ulama Sabah dan ketua hakim negeri itu.

“Serius tak faham bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku

“Kes Syariah tak penting ke?,” soal Najib.

Peguam Syariah di negeri itu, Hamid Ismail memberitahu portal itu bahawa kerajaan negeri sudah melantik ketua hakim baharu dan sepatutnya memulakan tugas pada 1 April lalu.

Namun hakim itu, Ahmad Lakim masih belum berpindah ke Sabah dan masih mengendalikan kes di Melaka. – 15 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.