SAYA amat kecewa, sedih dan marah dengan kenyataan Koon Yew Yin yang menuduh anggota ATM kita hanya makan dan tidur.

Sedangkan selama ini anggota ATM lah yang bersengkang mata serta mencagarkan nyawa dan darah demi memastikan kita dapat terus hidup dalam suasana negara yang aman, selamat dan sejahtera.

Anggota ATM lah yang mempertahankan sempadan tanah air, mengekang pencerobohan kumpulan-kumpulan ekstremis di kawasan ESSCOM dan menghalang penularan ideologi ISIS.

Malah, setiap kali kita berhadapan dengan bencana besar seperti banjir di Kelantan dan Pulau Pinang serta pencemaran Sungai Kim Kim, anggota ATM jugalah yang paling awal tampil memberi bantuan.

Walhal, itu bukan tugas hakiki ATM. Namun atas dasar tanggungjawab dan kecintaan terhadap negara, mereka sanggup berkorban apa sahaja.

Itu belum termasuk kejayaan-kejayaan ATM yang saya sendiri saksikan sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Antaranya, keterlibatan ATM dalam misi keamanan dan kemanusiaan di seluruh dunia.

Justeru, jika kesemua bukti ini tidak menunjukkan pengorbanan, kesungguhan dan keupayaan anggota ATM, apa lagi yang Koon Yew Yin harapkan?

Saya juga tertanya-tanya di mana suara Menteri Pertahanan dalam membela dan mempertahankan warga ATM di saat mereka dihina dan diperlekehkan.

Mat Sabu seolah-olah mengiyakan kenyataan Koon Yew Yin. Malah, Timbalan beliau, Liew Chin Tong juga hanya mengeluarkan kenyataan untuk menerangkan peranan ATM tetapi langsung tidak mengkritik pendirian Koon Yew Yin.

Lebih membimbangkan, mereka dilihat lebih rapat dan cenderung dengan pemimpin radikal komunis. Koon Yew Yin mengaku pernah berjumpa Chin Peng di Bangkok. Mat Sabu juga pernah mengangkat Mat Indera, pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Sekiranya perkara seumpama ini berterusan dan tiada tindakan yang diambil, ia akan menggugat keharmonian, kesejahteraan negara dan mewujudkan kekecewaan yang lebih besar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walau apa jua keadaan, jangan sesekali warga ATM menyerah mahupun tunduk kepada tuduhan-tuduhan yang tidak berasas oleh pihak yang cuba mengancam integriti warga ATM.

Teruskan khidmat bakti dan perjuangan dalam memelihara kedaulatan tanah air. Saya akan tetap berdiri teguh bersama anggota ATM dan mendoakan agar segala usaha anggota ATM diberkati dan dirahmati. Teruskan perjuangan! – 15 Ogos 2019

DATUK SERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Bekas Menteri Pertahanan

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

3 COMMENTS

  1. This guy has hurt the feelings of the armed forces. He speaks before he starts to think. The Malays have a beautiful sayings that goes “When adab goes missing, biadab comes in”. The fifth pillar of the Rukun Negara says, ” Good Behaviour and Morality” (Kesopanan & Kesusilaan). The government should bring back the Five Pillars of the Rukun Negara in schools. PH should go back to some of the good qualities preached and practiced by BN. O my God, I miss the BN government. I wish they come back to power again. Finally. I also miss “Salam 1Malaysia”

  2. Memang benar dengan segala pernyataan yg diperjelaskan oleh bekas Dato’ Sri Hishamuddin Dato’ Husein Onn Menteri Pertahanan Malaysia Di era Kerajaan BN…Yang aneh nya! Dimana Sang Men3 Berkaitan di Kala ini? Atau sepatutnya Beliau yg tidak pandai Dan tidak selayaknya mengetuai Sebuah Kementerian Paling Utama untuk Negara…Dan mungkinkah beliau sahaja yg lebih baik berpindah ke dalam bidang Masak memasak ! Sepatutnya sebagai seorang ketua,seorang Menteri Pertahanan …anda lah orang yg pertama memperbetulkan tuduhan,membela segala cacian Hina,mengambil langkah awal dengan memanggil Bangsa pengkhianat tersebut untuk diambil tindakan yg sewajarnya! YB Saudara Mat Sabu …andai x tau..jgn sembunyi …belajar lah..jgn malu…X Salah Tanya Dan rujuk pada Pegawai Tentera Melayu yg lebih Arif Dan memahami urusan ketenteraan Malaysia …

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.