DESAKAN pemimpin PKR, Hassan Abdul Karim yang mendesak Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad meletak jawatan ternyata tidak disambut rakan separtinya.

Setiasusaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu sepatutnya lebih menumpukan isu berkaitan rakyat.

Beliau telah menghubungi Hassan sebaik desakan tersebut dibuat semalam dan mahu menghentikan tindakan berkenaan.

Beliau juga telah menghubungi Hassan sebaik desakan tersebut dibuat semalam dan mahu menghentikan tindakan berkenaan.

“Saya telah menghubungi beliau (Hasan) dan minta fokus kepada isu rakyat.

“Tinggalkan ia kepada barisan kepemimpinan PKR,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Hassan semalam mencadangkan Dr. Mahathir supaya meletak jawatan selepas apa yang didakwanya Perdana Menteri itu seperti hilang punca dan hilang daya dalam menyelesaikan beberapa isu kritikal negara.

Menurut Hassan, beliau adalah antara ahli Parlimen yang turut menandatangani surat sokongan kepada Tun Mahathir untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya umum lalu.

Beliau juga menegaskan sumbangan negarawan berusia 94 tahun itu akan tetap dikenang dan dihormati. – 15 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.