TINDAKAN kerajaan DAP-Pakatan Harapan (PH) mengusir penceramah terkemuka, Dr Zakir Naik akan mencetuskan kebangkitan besar-besaran umat Islam di negara ini, kata Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Timbalannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, DAP diingatkan agar tidak mencetuskan perbalahan yang lebih besar dengan menyentuh isu sensitif umat Islam.

Beliau turut menyeru umat Islam di seluruh Malaysia agar mempertahankan Zakir Naik yang merupakan tetamu dan saudara seagama.

“Tiada lagi keaiban yang lebih besar daripada kita membiarkan saudara seagama kita diusir keluar daripada negara tumpah darah kita ini dalam keadaan kita hanya melihat tanpa sebarang tindakan.

“Saya ingin mengulangi pendirian dan juga amaran kepada parti DAP, sebarang tekanan yang kamu kenakan terhadap kerajaan untuk mengusir Dr Zakir Naik daripada negara ini bererti kamu akan berdepan dengan kebangkitan besar-besaran umat Islam di Malaysia.

“Saya menyeru sahabat-sahabat seagama di dalam parti PPBM dan PKR, tunjukkan rasa sensitiviti anda kepada isu ini.

“Buktikan solidariti anda bersama saudara seagama anda di mana anda di dalam kerajaan mempunyai kekuatan untuk bersuara.

“Dan kepada DAP, jangan bermain dengan sarang tebuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 15 Ogos 2019.

4 COMMENTS

    • Ya biar kita mati syahid dari menjadi munafik membiarkan saudara seagama d usir. Akhirat kekal Dunia hanya sementara. tq

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.