MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq mahu Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia atas alasan kenyataan yang memecahbelahkan keharmonian.

Ironinya, pendakwah bebas berbangsa Cina Firdaus Wong Wai Hung pula yang mempertahankan Zakir Naik.

Bahkan, jika itulah hujah Syed Saddiq mahu Zakir Naik diusir, Firdaus Wong menyenaraikan hujah juga bahawa ada pihak lain juga yang perlu diusir.

“YB Syed Saddiq bila nak usir Kula Segaran yang mengatakan Melayu adalah bangsa pendatang?”

“Bila pula mahu usir Koon Yew Yin yang menghina tentera kita?”

“Bila pula nak usir Lee Kim Yew yang menghina jalur gemilang?”

“Bila pula nak usir Waythamoorthy yang memburuk-burukkan Malaysia di luar negara?” soal Firdaus Wong.

Menurut Firdaus Wong, dalam begitu banyak ahli politik dan ahli perniagaan yang jelas sangat melampaui batas, Syed Saddiq hanya berdiam diri.

Tetapi dengan cepat Syed Saddiq mahu mengusir Dr Zakir Naik keluar berdasarkan satu video klip pendek kurang dari dua minit sedangkan konteksnya adalah 24 minit?

Kata Firdaus Wong lagi apabila yang belum Muslim kritik Islam dan simbol negara, diam seribu bahasa. Apabila ucapan seorang Muslim yang dimusuhi pembenci Islam yang diambil di luar konteks, dengan segera anda mendesak diusir?

“Manakah maruah anda sebagai seorang Melayu dan Muslim atau sekadar cuba mencari redha mereka?” soal Firdaus Wong.

Firdaus Wong juga mahu Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersuara tatkala Islam dan Muslim diserang bertalu-talu.

Sebelum ini, Tan Sri Rais Yatim juga antara individu yang mahu Zakir Naik diusir.

Namun, Tun Mahathir merupakan antara yang tegas mempertahankan Zakir Naik, di samping PAS, UMNO dan pelbagai NGO Muslim. – 15 Ogos 2019

4 COMMENTS

  1. Antara muka yg memalukan rakyat melayu sendiri di malaysia, mengalahkan mualaf cina mana nak letak muka. Mata sudah tentu nampak simbol wang bukan segala2nya…tetapi maruah diri.

  2. Ape yg kluar dr mulut syed saddiq ni mmg statement bodoh… dr dulu lg… konon2 nye nk tunjuk hebat!!! Bila Melayu dn Islam diserang olen DAPig dan Hindu, tak melenting plak!!! Betul2 jilat semata2 pangkat dn kuasa!!!

  3. ASAK, You support people speak against Zakir Naik. But why you are silent when in India , in Assam state alone, 4 million poor. illiterate muslims were declared foreigners because they did not have some papers.These are flood prone areas.This exercise will be extended. And law is being passed that a hindu is automatic citizen of India. I am sure you did not know this. But what is your view on these.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.