PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan sesiapa yang mahu membakar manisfesto Pakatan Harapan.

Mahathir mengulas mengenai himpunan anti-Lynas pada Ahad ini, yang merancang untuk membakar manifesto Pakatan Harapan (PH).

Perbuatan itu adalah bagi melambangkan kerajaan PH gagal menunaikan janjinya untuk menutup kilang proses nadir bumi itu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata membakar manifesto tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

Jelas beliau, kerajaan sebenarnya berurusan secara rasional untuk membenarkan kilang memproses nadir bumi itu untuk terus beroperasi.

“Masa kita buat manifesto PH, tidak semua yang tanya. Tapi sekarang ramai yang tampil bagi informasi.

Perhimpunan itu bertujuan membantah tindakan kerajaan meneruskan operasi Lynas, sedangkan bermati-matian membantah operasi kilang itu sebelum Pilihanraya Umum ke 14.

Semalam, kerajaan mengumumkan pembaharuan lesen operasi syarikat Australia itu selama enam bulan dengan membenarkannya terus memproses nadir bumi.

Sementara itu, perhimpunan yang digelar 818 bersempena tarikhnya akan diadakan di Taman Taman Gelora di Kuantan.

Ia dijadualkan bermula pada pukul 7 pagi dan dianggarkan kehadiran antara 1,000 hingga 2,000 orang. – NTHQiBORD, 16 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.