KOMITMEN Parti Amanah Negara (PAN) untuk mempertahankan Islam merupakan satu pembohongan, kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Jelasnya, parti itu dianggap tidak membawa prinsip Islam sebenar sebaliknya memperjuangkan kelangsungan hidup DAP.

Contoh terbaik katanya, PAN yang mendakwa membawa suara Islam dalam Pakatan Harapan sebaliknya terus berdiam diri dalam isu Dr Zakir Naik yang diminta kembali ke India oleh pemimpin DAP.

Sedangkan katanya mereka merupakan pimpinan yang hebat suatu masa dahulu masa ketika bersama jemaah Islam.

“Tetapi apabila tidak bersama, mereka senyap sepi tiada apa-apa pun, bahkan mereka cuba mencari hujah untuk mempertahankan tindakan menteri yang mencabar kewibawaan Islam,” katanya menurut HarakahDaily.

Beliau ditemui selepas menyertai demonstrasi aman solidariti buat Dr Zakir Naik di Medan Ilmu Jalan Dato’ Pati hari ini.

Setakat ini, tiada lagi kenyataan daripada pemimpin PAN mempertahankan Zakir Naik, sebaliknya pemimpin DAP terus menggesa kerajaan menghalau penceramah terkemuka itu dari Malaysia.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini sudah menjelaskan bahawa Zakir Naik akan terus kekal di Malaysia, tetapi pemimpin DAP tidak mengendahkan pendirian pemimpin BERSATU itu. – 16 Ogos 2019.

2 COMMENTS

  1. sememangnya dia dah dapat dedak dari DAPig tu. sebab itu dia mendiamkan diri. Melayu Islam apa namanya tu

  2. dah makan dedak DAPig banyak sangat. sampai tak boleh buka mulut. dulu kata najib bagi dedak sekarang dia makan terlebih dedak parti perkauman tu. sebab itulah diam. lagipon pemimpin pan tu mana tahu selok belok ATM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.