TAIKUN pro-DAP, Koon Yew Yin diibaratkan sebagai rakyat Malaysia yang tidak sedar diri kerana menghina pengorbanan tentera, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Beliau berkata, Yew Yin sepatutnya sedar bahawa anggota tentera sanggup meninggalkan keluarga selama enam bulan untuk duduk dalam hutan demi menjaga keselamatan negara.

“Dia (Yew Yin) senang dan kaya hasil daripada keamanan.

“Tentera sanggup tinggal anak isteri selama enam bulan duduk dalam hutan makan sardin saja.

“Dia makan di hotel mewah hasil pengorbanan tentera,” katanya kepada NTHQiBord.

Idris mengulas mengenai penghinaan yang dilemparkan Yew Yin terhadap anggota tentera yang dituduh tidak berbuat apa-apa sebaliknya hanya makan dan tidur.

Selepas dikecam teruk rakyat Malaysia, Yew Yin akhirnya tunduk memohon maaf secara terbuka kerana menyinggung perasaan anggota tentera. – NTHQiBord, 16 Ogos 2019.

3 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.