AKIBAT menyebarkan fitnah.

Dr Zakir Naik memberikan 48 jam kepada M Kulasegaran untuk meminta maaf kepadanya atau berdepan tindakan undang-undang di mahkamah, lapor media tempatan.

Dr Zakir juga meminta ‘jumlah yang sesuai’ sebagai bayaran ganti rugi, atas rasa malu ditanggungnya, penghinaan dan aib yang ditanggungnya susulan kenyataan fitnah padanya.

Surat tuntutan guaman itu disediakan oleh peguam Akberdin Abdul Kader dan diserahkan ke pejabat Kulasegaran di Putrajaya hari ini.

Menteri Sumber Manusia itu didakwa memfitnah Zakir dalam kenyataan media pada 13 Ogos.

Kulasegaran mendakwa Dr Zakir mengeluarkan kenyataan bahawa penganut Hindu di Malaysia lebih menyokong perdana menteri India, berbanding perdana menteri Malaysia.

Dr Zakir bagaimanapun berkata kenyataannya itu diputar belit.

Dr Zakir juga mendakwa Kulasegaran menyalah guna kepala surat kementerian untuk kepentingan peribadi dan keuntungan politik. – NTHQiBORD, 16 Ogos 2019.

4 COMMENTS

  1. Segelintir pemimpin melayu dlm PH kini telah dicucuk hudungnya, mereka lebih rela menyokong kepenting bangsa lain dan bangsa sendiri dan kemulian agama Islam. Tunggu la bala yg akan di turun kpd kita nanti.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.