TULAR di media sosial beberapa keping gambar Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng bertemu keluarga di China.

Gambar itu dimuat naik oleh pengguna media sosial Zein Isma yang merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO Selangor.

Pemimpin utama DAP itu dilihat mesra bersama satu keluarga yang didakwa ‘memiliki rupa yang lebih kurang sama’ dengannya.

Beliau di dakap oleh seorang lelaki tua yang lebih berusia sambil diperhatikan anaknya, yang juga Menteri Kewangan Malaysia.

Namun, belum dapat dipastikan kesahihan gambar dan juga tarikh gambar tersebut diambil.

Sehingga artikel ini dikeluarkan, belum ada sebarang penafian dari Kit Siang dan Guan Eng mengenai penularan gambar mereka di China.

Terdahulu, rakyat Malaysia mempersoalkan tempat kelahiran Lim Kit Siang kerana tidak ada bukti pemimpin DAP itu dilahirkan di Gelang Patah.

Wartawan juga pernah dimarahi pemimpin itu apabila bertanya mengenai tempat kelahirannya di dalam satu sidang media tidak lama dahulu.

Nyata, rakyat Malaysia tertunggu-tunggu jawapan Kit Siang mengenai status tempat asalnya, bersertakan bukti kukuh jika benar dilahirkan di Malaysia.

Jika tidak, rakyat pastinya akan terus menggambarkan pemimpin DAP itu penipu kerana cuba berdolak-dalih tentang asal usulnya. – NTHQiBORD, 16 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.