MAHKAMAH Pilihan Raya memutuskan kemenangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu terbatal.

Kerajaan Pakatan Harapan mendakwa keputusan itu dibuat selepas pemeriksaan semula ke atas peti-peti undi bagi Parlimen Kimanis.

Pemeriksaan mendapati terdapat unsur-unsur manipulasi termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Hakim Lee Heng Cheong berkata, penambahan kertas undi tidak berkaitan adalah satu kesalahan serius yang telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu, justeru kemenangan tersebut terbatal.

Anifah yang merupakan bekas Menteri Luar Negeri, memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi.

Beliau mendapat 11,942 berbanding 11,786 undi yang diraih oleh calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang.

Pada 18 Jun lalu, Karim menamakan Anifah sebagai responden pertama, manakala Pegawai Pilihan Raya Parlimen Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Pada September tahun lalu, Anifah meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. – NTHQiBORD, 16 Ogos 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.