MANA suara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila tentera Malaysia dihina oleh seorang taikun pro-DAP-Pakatan Harapan (PH), soal Idris Ahmad.

Naib Presiden PAS itu berkata, Ketua Armada Bersatu itu sepatutnya berlaku adil dalam memberi kritikan dan tidak memilih isu semata-mata mahu mendapat sokongan bukan Melayu.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu baru-baru ini yang mahu kerajaan mengusir penceramah terkemuka Dr Zakir Naik dari Malaysia tetapi membisu apabila tentera dihina oleh taikun perniagaan, Koon Yiew Yin.

Idris berkata, Syed Saddiq tidak sepatutnya menunjukkan sikap yang hanya menurut kehendak pihak tertentu termasuk DAP demi menguntungkan agenda mereka.

“Ini (halau Zakir Naik) tidak sepatutnya berlaku dan apakah ini satu bentuk tekanan sehingga beliau (Syed Saddiq) sanggup bersikap sedemikian).

“Kalau mahu sentuh isu Zakir Naik, beliau perlu adil. Kenapa diam dan tidak beri amaran (dalam isu tentera dihina)?

“Inilah akibatnya kalau kerajaan yang lemah, (terpaksa) bergantung kepada orang lain dan akhirnya jadi macam ini,” katanya kepada NTHQiBord.

Koon Yiew dikecam teruk kerana menghina pengorbanan anggota tentera apabila menyifatkan pasukan keselamatan itu sebagai satu pembaziran duit rakyat.

Namun taikun pro-DAP itu tunduk dengan desakan rakyat Malaysia dan memohon maaf secara terbuka. – NTHQiBord, 16 Ogos 2019.

3 COMMENTS

  1. Budak mentah saddiq ni.. Xde guna nye pun… KBS di bawah nye pun dah mcm xde fungsi ape pun… X hbs2 dok jaja cerita lawak bodoh ja

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.