BADAN Bukan Kerajaan (NGO) Melayu makin hilang keberanian pertahan tulisan jawi dan khat.

Dr. Akmal Saleh selaku Naib Ketua Pemuda UMNO (Melaka) melontarkan pandangan bahawa Melayu bukan hilang kuasa tetapi hilang keberanian.

“Bila bercakap hilang kuasa, Melayu ini kalau ikutkan majoriti MP dalam parlimen tu.

“Tidak kira apa parti sekalipun, orang Melayu masih lagi memerintah tetapi disebabkan ideologi politik yang berbeza, akhirnya golongan-golongan yang minoriti menjadi majoriti dan mengambil alih kuasa,” katanya ketika ditemui NTHQibord.

Akmal berkata, tulisan jawi dan khat ini sudah diguna pakai sejak abad ke-13 lagi dan pada masa itu pedagang yang datang ke Melaka juga guna tulisan ini dan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (Lingua-Franca).

“Pedagang-pedagang Inggeris dan pedangang- pedagang Cina datang ke sini (Melaka pada waktu itu) dan belajar macam mana tulis dalam tulisan jawi dan ini tidak menjadikan mereka sebagai orang Islam pun.

“Teori tulisan jawi sebagai mengislamisasikan pelajar adalah perkara paling dangkal dan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Melayu sepatutnya mengambil contoh daripada kaum Cina walaupun berbeza parti dan sebagainya, kaum ini sentiasa mempertahankan bangsa dan agama mereka.

“Inilah masalah orang Melayu kita yang mana bila kita berbeza ideologi politik apa sahaja yang kita bawa mestilah selari dengan ideologi politik kita waima perkara itu adalah perkara yang baik.

“Contoh yang terjadi pada kaum cina apa sekalipun yang berlaku bila melibatkan agama, bangsa, mereka tetap akan mempertahankan tidak kira apa beza mereka.

“Jadi saya menyokong sepenuhnya kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai bahawa Dong Zong merupakan identiti yang berunsurkan rasis dan dia memang rasis daripada dulu lagi.

“Dia tak pernah berbubah pun, tidak kira mana kerajaan sekalipun dia tetap rasis,” katanya. – NTHQibord 16 Ogos 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.